Sunday, September 27, 2009

Sukaneka 2008

Sukanneka keluarga Anak-anak Baharum telah di adakan pada cuti panjang 2008 yg lalu. walaupun ramai keluarga yg tidak dapat serta, ai tetap berjalan dengan meriahnya. Ini adalah kali pertama Keluarga Anak2 Baharum menganjurkan Sukaneka ini.

Kebanyakkan hadiah adalah sumbangan daripada ahli-ahli sendiri berupa hamper, barangan alatulis, buku dan perkakas rumah untuk cabutan bertuah.

Antara acara sukanekanya adalah mengisi air di dalam botol, rebut kerusi, tarik upih, lari membawa pinang dan cari gula-gula dalam tepung.

Selesai acara sukaneka acara disambung dengan cabutan bertuah oleh ahli keluarga yang hadir iaitu Keluarga Bahaman, Keluarga Basir (wakil anak2) Keluarga Sarimah, Keluarga Sabariah, Keluarga Noraini, keluarga Abdul Razak dan keluarga Mariam.

Lawatan Ke Kuching , Sarawak.


Lawatan ke Kuching telah dianggotai oleh Keluarga Abdul Razak, Awang Johari dan Khairul Hisham pada cuti sekolah bulan 4 yang lalu. Terlalu banyak kenangan manis dan rasa payau-payau selama 3 hari kat sana
Firstly, perjalanan pergi pun mula mengikut jadual, tiba-tiba ada insan yg tak biasa menaiki kapal terbaang tak bawa surat beranak anak-anak dia...alamat kena patah baliklah nampaknya...sampai kat sana..tut-tut ada yang tertinggal telefon pulak...tak bolehlah patah balik ...kalau patah balik , nampaknya balik Lubok china lah.



Gambar ini diambil semasa menaiki sampan penambang ke seberang di waterfront Sg Sarawak, bagi yg tak biasa gayat juga, ia tergolek-tergolek sikit. Elakkan bergerak ketika duduk agar keadaan sampan jadi stabil.


Semasa bersiar-siar di Waterfront di Sg. Sarawak.

Tuesday, February 24, 2009

LAWATAN KE PUSAT PENTERNAKAN IKAN KELI DLM TONG

Lawatan dianjurkan oleh bendahari kelab, Puan Noraini Baharum. Pusat ternakan ikan keli ini di Hulu Langat tidak jauh dari rumah pengajur. Lebih kurang 10 minit dari rumah beliau.
Peserta yg hadir ke lawatan ini terdiri daripada :
En Basir Baharum
Sarimah Baharum
Noraini Baharum
En. Hairy
En Awang Johary
Anas
Anis Amanina

label pada tong yg tercacat maklumat penting.



khusyuk mendengar taklimat oleh pengusaha ikan keli yg berpengalaman


Projek ini berpotensi besar dalam pasaran ikan, projek ini masih tertangguh kerana perbelanjaan agak besar.

Tuesday, February 17, 2009

LAWATAN KE PUSAT PENANAMAN CENDAWAN TIRAM

Al- kisahnya tersebut salah seorang anak2 Baharum telah bermimpi terjumpa emas yg tumbuh di kayu .....Maka telah ditafsirkan bahawa itu adalah cendawan....Maka satu rombongan telah dihantar untuk meninjau keadaan/bagaimana penanaman cendewan yang mungkin memberi untung besar kepada Persatuan Anak2 Baharum. Ahli rombongan diketua oleh Basir Baharum, Sarimah Baharum, Noraini Baharum, Awang Johari, Khairul Hisham, Mariam Baharum dan Anas.


proses penyedian media

media tanaman di rebus mengunakan tong

Rumah cendawan





Senyum aje..Cik sarimah kite....ada berani nak buat...

Thursday, January 15, 2009

MENANAMAN RUMPUT KAMBING

Bendahari kita, Puan Noraini telah meluangkan masa di kampung untuk menanam rumput kambing sempena cuti sekolah yg lalu.

pose menarik dari pekebun moden kita bersama hasil semaiannya.
Semoga akan datang lebih ramai lagi yg berminat turut serta seperti anak yang tunggu keputusan exam ke? atau yg lepas sekolah menunggu panggilan kerja ?...







LAWATAN KE AIR PANAS GADEK, MELAKA

Satu lagi aktiviti Biro Kebajikan adalah Lawatan ke Air Panas Gadek, Melaka pada 1.1.09 yang lalu. Disertai oleh Keluarga Khairi, Keluarga Hisham dan Keluarga Awang Johary.


Si kecik pun tak ketinggalan mandi. Kalau tak tahan panas boleh mandi dalam baldi tambah air sejuk separuh.



pose istimewa dari artis kita dan anaknya si Anas...




Akhirkata, biro Kebajikan nak mengutip yuran bulan sebyk RM 1.00 untuk menampung pembelanjaan aktiviti. Derma sampingan juga dialu-alukan. Sokong ke?


KANDANG KAMBING DAH SIAP

Alhamdulillah..akhirnya terbina juga kadang kambing yg selama ini ditunggu-tunggu.

1 ekor kambing jantan, 5 ekor anak kambing dan 2 ekor ibu kambing.

Berita terkini, ibu kambing (hitam) telah selamat melahirkan seekor anak kambing bernama Kamis..