Saturday, December 28, 2013

Lawatan ke Ladang Cendawan dan Ladang Tebu di Kuala Pilah

 Bulan Ogos 2013 yang lalu, Puan Sarimah dan Puan Mariam telah pergi melawat Ladang Cendawan dan Ladang Tebu hak milik Pn. Roslina Rais dan rakan kongsinya di Kuala Pilah.
Ladang Cendawan ini telah beroperasi lebih kurang 10 tahun. Hasil tuaian lebih kurang 90-100 kilo sehari untuk pasaran sekitar Kuala Pilah dan Seremban.
Pn. Sarimah sedang tekun mendengar taklimat dari Pemilik Ladang.


Ladang Tebu yang baru beroperasi setahun sebagai pendapatan sampingan syarikat.

Monday, March 8, 2010

Sessi Bergambar di Pagi Raya

Keluarga Baharum di pagi raya 2009


Keluarga Abd Razak dan wan suzaiwati Keluarga Sarimah dan Awang Johary
Keluarga Sabariah dan Mohd Nasir Keluarga Maimunah
Keluarga Mariam dan Khairul Hisham Keluarga Bahaman dan Hasnah

Cucu-cucu perempuan Cucu-cucu lelaki
Pertama kali, raya tahun ini ada jurufoto profesional balik dari Jepun. Maka bergambar sakanlah Keluarga Anak-anak Baharum.

Aqiqah Al-Sajad

Kambing ini adalah salah seekor kambing yang dibela oleh Koperasi keluarga Baharum akan diaqiqahkan.




Semasa proses penyembelihan oleh tok imam


Gotong-royong melapah kambing...

















Sunday, September 27, 2009

Sukaneka 2008

Sukanneka keluarga Anak-anak Baharum telah di adakan pada cuti panjang 2008 yg lalu. walaupun ramai keluarga yg tidak dapat serta, ai tetap berjalan dengan meriahnya. Ini adalah kali pertama Keluarga Anak2 Baharum menganjurkan Sukaneka ini.

Kebanyakkan hadiah adalah sumbangan daripada ahli-ahli sendiri berupa hamper, barangan alatulis, buku dan perkakas rumah untuk cabutan bertuah.

Antara acara sukanekanya adalah mengisi air di dalam botol, rebut kerusi, tarik upih, lari membawa pinang dan cari gula-gula dalam tepung.

Selesai acara sukaneka acara disambung dengan cabutan bertuah oleh ahli keluarga yang hadir iaitu Keluarga Bahaman, Keluarga Basir (wakil anak2) Keluarga Sarimah, Keluarga Sabariah, Keluarga Noraini, keluarga Abdul Razak dan keluarga Mariam.

Lawatan Ke Kuching , Sarawak.


Lawatan ke Kuching telah dianggotai oleh Keluarga Abdul Razak, Awang Johari dan Khairul Hisham pada cuti sekolah bulan 4 yang lalu. Terlalu banyak kenangan manis dan rasa payau-payau selama 3 hari kat sana
Firstly, perjalanan pergi pun mula mengikut jadual, tiba-tiba ada insan yg tak biasa menaiki kapal terbaang tak bawa surat beranak anak-anak dia...alamat kena patah baliklah nampaknya...sampai kat sana..tut-tut ada yang tertinggal telefon pulak...tak bolehlah patah balik ...kalau patah balik , nampaknya balik Lubok china lah.



Gambar ini diambil semasa menaiki sampan penambang ke seberang di waterfront Sg Sarawak, bagi yg tak biasa gayat juga, ia tergolek-tergolek sikit. Elakkan bergerak ketika duduk agar keadaan sampan jadi stabil.


Semasa bersiar-siar di Waterfront di Sg. Sarawak.

Tuesday, February 24, 2009

LAWATAN KE PUSAT PENTERNAKAN IKAN KELI DLM TONG

Lawatan dianjurkan oleh bendahari kelab, Puan Noraini Baharum. Pusat ternakan ikan keli ini di Hulu Langat tidak jauh dari rumah pengajur. Lebih kurang 10 minit dari rumah beliau.
Peserta yg hadir ke lawatan ini terdiri daripada :
En Basir Baharum
Sarimah Baharum
Noraini Baharum
En. Hairy
En Awang Johary
Anas
Anis Amanina

label pada tong yg tercacat maklumat penting.



khusyuk mendengar taklimat oleh pengusaha ikan keli yg berpengalaman


Projek ini berpotensi besar dalam pasaran ikan, projek ini masih tertangguh kerana perbelanjaan agak besar.

Tuesday, February 17, 2009

LAWATAN KE PUSAT PENANAMAN CENDAWAN TIRAM

Al- kisahnya tersebut salah seorang anak2 Baharum telah bermimpi terjumpa emas yg tumbuh di kayu .....Maka telah ditafsirkan bahawa itu adalah cendawan....Maka satu rombongan telah dihantar untuk meninjau keadaan/bagaimana penanaman cendewan yang mungkin memberi untung besar kepada Persatuan Anak2 Baharum. Ahli rombongan diketua oleh Basir Baharum, Sarimah Baharum, Noraini Baharum, Awang Johari, Khairul Hisham, Mariam Baharum dan Anas.


proses penyedian media

media tanaman di rebus mengunakan tong

Rumah cendawan





Senyum aje..Cik sarimah kite....ada berani nak buat...